Monday, 5 May 2014

YES OR NO?


Persoalan ini sering bermain di benak fikiran setiap insan
pasti ada sahaja diantara kita yang berhadapan dengan situasi ini
pasti sahaja ada yang bertanyakan soalan seperti ini kepada kita

"awak boleh tak tolong saya itu ini....."                   
atau 
"awak busy tak? tolong saya buat ni pastu buat itu yek..."

sampaikan kita kadang-kadang tidak mampu untuk menolak atau memberi bantuan bagi setiap kemahuan
yang diutarakan.

tapi pernahkah kita terpikir akan kesan dan akibat sekiranya kita memberi jawapan YES or NO?
maka timbul persoalan disini.
adakah kita memberi apa yang harus diberikan ataupun kita hanya sekadar memenuhi permintaan
seseorang atas dasar belas kasihan ataupun bagi menjaga sesebuah perhubungan.

maka, disini saya kan berkongsi sesuatu kepada pembaca blog ini...
pernahkah anda terpikir setiap kesan daripada tindakan anda?
mungkin ya dan juga mungkin tidak.
sebagai seorang yang profesional, seseorang individu itu harus mampu membuat keputusan bertepatan dengan situasi sesuatu keadaan itu sendiri.
percayakah anda jika saya mengatakan yang seorang individu itu seharusnya bersikap PENTINGKAN DIRI SENDIRI dalam sesuatu situasi.
ya, jawapan sememangnya harus.

ini kerana, sebelum anda memuaskan hati individu lain, fikirkan adakah anda puas dengan apa yang anda lakukan.
adakah anda ikhlas atau tidak dalam membantu seseorang itu.
jika tidak, mengapa harus diteruskan dan sekiranya ya maka anda boleh meneruskannya. namun, setiap perkara harus ada batasannya sekiranya anda mengorbankan kepentingan diri sendiri bagi kepentingan orang lain. maka prinsip itu telah tersasar dari landasannya..

Akhir kata, renung-renungkan setiap kali anda ingin membuat sesuatu keputusan...
YES OR NO.....













No comments:

Post a Comment