Monday, 12 May 2014

LUAHAN HATI SEORANG INSAN KERDIL...


Perjalanan hidup ini masih panjang. Mungkin aku jatuh hari ini. Jatuh kerana kelemahan aku sendiri, yang tak mampu menilai yang mana betul dan salah. Tapi masa yang lepas tak mungkin mampu untuk aku putarkan semula. Walaupun sesakit mana pun yang aku rasa. semua hanya menjadi satu luka dihati yang tak mampu aku ubatkan. Namun mampu untuk aku menerimanya dengan hati yang tenang dan sabar. Aku bukanlah seorang manusia luar biasa. Aku juga manusia biasa, punya hati dan perasaan. Aku juga akan menangis apa bila disakiti. malah aku mungkin lebih lemah dari apa yang mereka sangkakan. Mungkin bagi mereka aku seorang yang kuat dan tabah. Namun, aku juga penat, penat untuk menghadapi semua ini. Tapi aku sedar bukan mudah untuk melangkah apabila kita telah terjatuh. Aku juga punya hati dan perasaan. Aku bukan sampah dan aku bukan mainan yang hanya akan kau cari saat kau perlukan dan buang disaat aku sudah tidak berguna kepadamu. Aku juga manusia biasa, aku sadar yang aku tidak sempurna seperti yang kau inginkan. Tapi hargailah aku sebagai seorang manusia. 
Ya Tuhan ku, kau kuatkan lah aku untuk menempuhi semua ini. Maafkan hamba mu ini yang telah terleka dengan keindahan dunia sehingga terlupa akan kuasamu. Ya Tuhan, kau pimpinlah aku kejalan mu. Bantulah aku disaat aku jatuh dan temanilah aku di sepanjang perjalanan hidupku ini.
Andai esok aku sudah tidak mampu melihat dunia ini, kau ampunlah dosa hamba mu yang kerdil ini dan kau ampunkanlah dosa mereka2 yang telah melukai aku. Apalah hak aku untuk menghukum mereka. Aku yakin akan kuasa mu dan aku yakin suatu hari nanti mereka pasti akan sedar. Aku akan sentiasa mendoakan mereka dan kau ampunkanlah jika aku pernah menyakiti dia. Aku sedar, aku manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan. Tapi, aku juga harapkan maaf dari nya. Maaf kerana aku terlebih menjaga dia sehingga dia membenci aku. Tapi aku harap dia tahu yang aku jujur dalam segala apa yang aku lakukan untuknya. Mungkin baginya, ini semua lakonan yang membuat dia meluat dan membenci aku. Namun, aku harap dia sedar yang aku jujur terhadapnya. Mungkin kau tak akan pernah sedar semua ini kerna kau telah menutup sekemas-kemasnya mata hati mu untuk melihat semua ini. 
Namun, aku yakin dengan takdir Tuhan dan aku percaya segala yang berlaku pasti mempunyai hikmahnya. Semakin aku melangkah jauh semakin aku sedar yang hidup itu tak seindah yang aku bayangkan. Tapi kerna itulah aku menjadi lebih kuat untuk menempuh hari esok.
Cuma satu mohonku, aku harap kau tak akan pernah muncul lagi dalam hidup ku lagi. kerna aku tahu itu yang kau harapkan. terima kasih kerna pernah menjadi sebahagian dari episod hidupku. dan terima kasih, kerna mengenalmu mengajar aku erti sakit dan mengajar aku supaya tidak menaruh harapan yang tinggi pada sesuatu yang bukan milik aku. TERIMA KASIH.






No comments:

Post a Comment