Jambatan itu mengungkap sejuta kenangan kita bersama. masih aku ingat setiap kali kita pulang dari sekolah pada setiap petang, kita pasti akan singgah sebentar di atas jambatan itu untuk melihat mahatari terbenam sebelum pulang ke rumah. ketika itu, kita akan berbual dan bergelak tawa tanpa memikirkan apa yang akan difikirkan oleh orang yang turut menggunakan jambatan itu. masih aku ingat dengan jelas ketika dia bertanya apakah impian dan harapan aku. pada ketika itu aku hanya tersenyum kepadanya dan dia juga hanya membalas senyum itu kembali. setiap kali tiba di rumah mama pasti akan memarahi kami kerana pulang lewat ke rumah. mama amat risau akan kami. dan aku cukup tahu mengapa mama berasa begitu.
Hari ini aku pergi dan pulang ke sekolah sendirian, tiada lagi tawa gembira yang terukir dibibirku. yang aku pasti aku hanya inginkan dia. aku ingin dia bersama ku. aku inginkan dia menemani aku pergi dan pulang ke sekolah seperti dulu. aku ligat memerhati jam mahatari yang terpapar di hadapan kelas. di dalam hati aku sudah tidak sabar ingin pulang kerana ada tempat yang ingin ku tuju selepas ini. tepat jam 2.30 petang, loceng pun berbunyi, aku dengan pantas mengambil beg galas ku dan berlari kearah pintu. "saya pulang dulu kawan-kawan".
setelah hampir lima belas minit berlari dari sekolah akhirnya aku tiba di Hospital Besar Senol. aku membuka pintu dengan pelahan, "saya dah sampai". "ooo, awak dah sampai Natsume". "ermm, awak apa khabar, bagaimana keadaan pada hari ini". " Saya dah semakin sihat, hihihi". " baguslah Yumiko". "bagaimana dengan kelas hari ini Natsume". " saya bosan di sekolah, esok saya tak akan ke sekolah, saya ingin menemani awak disini. hihihi". " Natsume, awak tak boleh begini, awak harus kesekolah supaya mama dan papa tidak sedih nanti". "tapi.........saya sedih tanpa awak disekolah". air mata jernih mula mengalir di pipi Natsume. Yumiko cuba memujuk Natsume. selama Yumiko ditahan di hospital, Natsume terpaksa pergi dan pulang sekolah sendirian. dan semenjak itu juga hospital telah menjadi rumah kedua buat mereka walaupun hanya Yumiko yang sakit, namun Natsume tidak pernah meniggalkan Yumiko. mungkin itu ikatan terkuat antara mereka.
Setelah Yumiko disahkan menghidap jantung berlubang, dia sering dimasukkan ke wad dan ketika itu jugalah aku akan menemaninya di hospital. Yumiko pernah bertanya, adakah aku tidak bosan berada dihospital menemaninya. aku menjawab dengan penuh senyuman. "Natsume tak akan pernah rasa bosan menemani Yumiko sebab Natsume sayang Yumiko lebih dari segalanya". Yumiko cuma tersenyum. jelas disebalik senyum itu terselit kesakitan yang teramat yang ditanggung olehnya dalam bertarung untuk terus hidup di dunia ini. aku pernah berjanji dalam hidup ku jika aku tak mampu untuk memberinya sebahagian dari nyawa ku cukuplah jika aku mampu membahagikan saudara kembar ku ini. aku masih ingat ketika mama bercerita ketika dia melahirkan kami, mama dan papa sangat gembira menerima kehadiran kami. dan sejak dilahirkan aku dan Yumiko tidak pernah terpisah, dimana ada Yumiko, aku pasti ada disitu. hinggalah, penyakit Yumiko semakin tenat, dia sentiasa berada dihospital dan aku pula harus kesekolah walaupun aku tidak mahu. Yumiko pernah menyuarakan pendapatnya untuk ingin pergi melihat bunga sakura yang berkembang mekar disetiap kali tibanya musim bunga. dan tahun ini, aku nekad akan mebawa Yumiko pergi melihat bunga sakura itu walau sesukar mana sekalipun.
Musim bunga kembali lagi, kali ini aku pasti akan membawa Yumiko pergi melihat bunga sakura itu. "Tuan dan Puan, Yumiko harus segera dibedah kerana jantungnya mengalami radiasi yang mungkin akan meragutnya", kata Doctor Kiyoko, doctor yang merawat Yumiko. Aku yang berada di luar pintu, mendengar mama mengnangis teresak-esak. sebentar selepas itu, suara papa kedengaran, "lakukanlah apa yang patut Doctor, asalkan Yumiko dapat diselamat". suara papa yang sebak membuatkan aku berasa sangat sakit. doctor Kiyoko pun bersuara, "baiklah jika begitu, puan dan tuan harus kuat bersabar". aku segera bergegas mendapatkan Yumiko yang berada du dalam bilik sakitnya. ketika aku membuka pintu, Yumiko sedang leka memandang kearah luar hospital dengar wajah yang penuh pilu. aku menyapa Yumiko, "Yumiko, kamu tidak apa-apa". Yumiko berpaling dari tingkap, " oh Natsume, saya tidak apa-apa cuma sudah lama benar saya berada di hospital, saya rindukan keadaan diluar sana". Natsume dengan pantas memeluk Yumiko seerat yang boleh. ketika itu Natsume tidak dapat menahan lagi untuk mengangis. dalam pelukan itu Natsume bersuara, "Yumiko, saya berjanji akan membawa awak keluar melihat bunga sakura yang sedang kembang mekar di sekitar banda ini". Yumiko tersenyum manis. "terima kasih Natsume". "erm, sama-sama Yumiko".
bersambung........
No comments:
Post a Comment