Friday, 23 May 2014

JAGA HATI JANGAN SAMPAI MENYAKITI YANG LAIN...

Kamu mungkin hebat kerana kamu mempunyai ramai sahabat
kamu juga mungkin bahagia kerana sentiasa dikelilingi oleh orang yang sayang kepada kamu
dan kamu mungkin berasa gah kerana mampu mendapatkan apa yang kamu inginkan

namun, sehebat mana pun kamu jika kamu menggunakan kehebatan itu untuk mempermainkan orang lain yang mungkin tidak pernah merasa apa yang kamu rasa sekarang kamu sebenarnya adalah orang yang tidak layak untuk memperolehi apa yang kamu ada sekarang.

mungkin pada kamu, mempermainkan orang lain itu perkara biasa bagi kamu
membuatkan orang rasa sakit itu satu yang tidak memberi impak buat kamu
dan juga mungkin bagi kamu membuat seseorang itu menangis juga perkara normal bagi kamu

namun ingatlah Tuhan akan memberi apa yang kau berikan
jika kau menyakitkan seseorang hari ini, kau mungkin akan disakiti suatu ketika nanti
jangan memberi harapan jika kau tidak jujur dan hanya sekadar untuk mempermainkan
jangan memberi jika kau hanya ingin menguji seseorang itu kerna kau tidak tahu apakah kesakitan yang kau beri hanya dengan berlaku begitu
mungkin pada kau seseorang itu tidak terasa dengan apa yang kau lakukan tapi bagaimana kau begitu yakin dengan apa yang kau lakukan
apa pernah kau bertanya kepada dia apa yang dia rasa setelah apa yang kau lakukan
ingatlah...jangan cuba menyakitkan makhluk ciptaan Tuhan itu, kerna kau juga ciptaan Nya dan pada bila-bila masa sahaja Tuhan boleh menarik semua kebahagian itu

sentiasalah kita muasabah diri kita sendiri...
jika kita tidak menyayangi seseorang janganlah berinya harapan kerna dia juga mannusia biasa
yang punya hati dan perasan. 
dia juga akan berasa sakit jika kau permainkan perasaannya.
jika kau seorang manusia yang bersyukur pada rahmat Tuhan buat dirimu
hargailah manusia lain, jika kau tak mampu membahagiakan dia, jangan pula kau cuba menyakitinya
ingat lah KARMA itu sentiasa ada...
mungkin kau buat pada orang lain pada hari ini
dan atas tindakan itu kau mungkin menderita di kemudian hari nya

#noted untuk diri sendiri..maaf jika ada yang menyinggung perasaan yang membaca kerna bukan itu niat di hati...

No comments:

Post a Comment