sekuat mana kita berusaha untuk mencapai sesuatu jika hati kita tidak ikhlas dan tidak percaya ke atas sesuatu perkara itu, kita pasti akan rapuh juga akhirnya.
mungkin tidak semua menghadapi situasi ini tapi pasti ada segelintir diantara kita yang rapuh di saat mereka cuba untuk bangun semula dan berusaha untuk berdiri tegak semula.namun ia tak semudah apa yang kita ungkapkan.lebih rumit dari apa yang kita fikirkan dan lagi sukar untuk kita laksanakan.
aku juga pernah menghadapi keadaan ini..di saat aku harus berdiri sendiri..di saat aku harus berjalan sendiri
dan disaat aku hilang tempat aku meluahkan isi hati ini..aku hanya harap kau ada untuk menjadi pendengar ku sahabat.namun kau tiada..tiada disaat aku memerlukan kau..
aku rapuh untuk meneruskan hidup...
aku lalai dengan keindahan hidup yang sementara, aku lalai dengan kemewahan yang diberikan oleh Tuhan hingga aku lupa tanggungjawab aku, lupa akan tujuan hidup dan lupa akan prinsip hidup ku yang aku pegang selama ini..
namun disaat ini aku harap dia ada untuk mendengar apa yang aku rasa..namun di lupa..lupa akan janji dia untuk terus setiasa ada sebagai seorang sahabat yang berjanji untuk tetap setia walaupun kita terpisah ruang dan waktu...
di saat ini aku mula sedar yang aku harus menjadi seorang yang Independent not Dependent...
aku berusaha sekuat yang mampu..tapi aku tak mampu untuk menipu diri aku sendiri yang sebenarnya aku tidak cukup kuat untuk menghadapi ini sendiri...aku jatuh kembali...
ketika ini pengangan aku mula goyang, aku mula terfikirkan jika aku mampu untuk terus hidup dalam keadaan sebegini untuk waktu yang lama..
tika ini aku mula melangkah ke belangkang kerna aku takut..takut untuk menghadapi kenyataan yang aku gagal untuk menghadapi cabaran dan dugaan ini..
aku sangat berharap dia ada ketika ini..namun dia terlalu bahagia dengan hidup dia sehingga dia lupa akan sahabatnya yang ada sentiasa ada disaat jatuh dan bangun hidupnya.
karna aku terlalu mengharap pada dia..aku hilang kepercayaan..kepercayaan kepada semua orang di sekeliling ku.
kecewa dengan hanya seorang insan bergelar Sahabat, hanya kerana janji yang ditabur oleh seorang insan yang bergelar Sahabat...
hanya kerana itu, aku hampir hilang tujuan hidup ku, aku hilang teman2 ku yang selama ini ada hanya kerana perasan benci dan marah yang wujud daripada ketidaktelusan yang dia lakukan kepada aku...
tika ini, aku hanya ada DIA sahaja yang mendengar setiap rintihan dan tangisan ku..
disaat ini aku seolah merangkak di dalam kegelapan mencari secubit sinar andai masih ada sinar ini untuk aku berpaut untuk bangun semula..
namun aku gagal..gagal menemui sinar itu..
aku rapuh untuk berdiri sendiri..
aku rapuh untuk berjalan sendiri..
dan aku rapuh untuk terus melagkah ke depan untuk menghadapi segala dugaan ini..
hanya tangisan mengiringi lagkah ku pergi...
aku harap kau ada, sahabat...
No comments:
Post a Comment