hidup ibarat sebuah roda yang sentiasa berputar dia atas paksinya..
adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita berada di bawah..
itulah rumlah kehidupan dan setiap makhluk bergelar manusia di muka bumi ini pasti akan merasa perit getir kejatuhan dan kebangkitan hidup dalam mencari erti sebuah kehidupan...
bagi ku kajatuhan merupakan batu lonjatan kepada kita untuk menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan..
namun...tidak semua perkara itu mampu membuatkan kita bangkit semula untuk melangkah kehadapan..
adakalanya kita juga penat dan lelah untuk bangun semula apabila kita jatuh berulang kalinya..
hinggalah kita mengambil keputusan untuk mengangkat kaki dan melangkah pergi bagi mencari sesuatu yang lebih baik..
aku juga sebagai insan biasa di muka bumi ini juga pernah mengalami kejatuhan yang membuat ku terpaksa mengninggalkan segala yang aku impikan selama ini.
sebagai seorang insan yang bergelar atlet olahraga, aku beruasaha melakukan yang terbaik bagi memperoleh apa yang aku impikan..
namun hidup tidak sentiasa indah dan langit tidak sentiasa cerah..aku gagal sebagai seorang atlet. aku gagal memperoleh apa yang aku impikan dan lebih menyakitkan lagi aku dibuang seperti sampah oleh seorang insan bergelar jurulatih hanya kerana aku gagal memberi apa yang di harapkan..
aku tidak mengharapkan dia untuk menghargai ku dengan sepenuh jiwanya tapi hargai lah aku sebagai seorang manusia yang juga pernah melakukan kesilapan..kerna aku juga manusia biasa yang adakalanya gagal di dalam perjalanan hidup..
hati ku sakit, jiwa ku kosong dan aku kecewa dengan insan yang selama ini aku agung agungkan..kononnya dia hebat, sangat hebat..
tapi aku sedar satu perkara yang dia tidak boleh menerima kekalahan..
namun walaupun sekuat mana kekalahan itu kepada dia, aku lagi sakit kerna aku bukan sahaja gagal pada diriku sendiri bahkan aku gagal, gagal sebagai seorang anak murid kepada jurulatihnya..
aku sangat mengharapkan dia faham dan berusaha untuk memimpin ku untuk bangun semula..
namun, dia meninggalkan ku sendiri mencari dahan untuk berpaut..untuk aku bangun semula..
kerna sejarah itu, aku nekad untuk tidak meneruskan bidang ku dalam sukan olahraga lagi...
kerna aku tidak sanggup menerima tamparan sehebat itu lagi, kerna aku takut akan kekalahan..
kejatuhan itu memberi aku satu impak yang sangat besar dan aku memutuskan untuk tidak bangun lagi..
biarlah peristiwa itu menjadi sejarah pahit dalam hidup dalam hidup ku..aku tidak sanggup lagi untuk membuka lembaran buku itu semula kerna aku takut ianya terus membanyangi hidupku...
"kejatuhan yang mengajar aku bahwa hidup tidak selalunya indah..seperti ditaburi kelopak debunga yang terbang indah di bawa angin petang..."
andai itu takdirnya
No comments:
Post a Comment