Saturday, 20 December 2014

BFF

Sahabat...

Hidup ini ibarat sebuah kereta api yang sentiasa bergerak dan akan berhenti di setiap station perhentian yang telah ditetapkan... 
dan di setiap persinggahan itu, akan ada penumpang yang menuruni dan menaik kereta api itu untuk ke destinasi masing-masing...
begitu juga hidup... saat kita dilahirkan ke dunia ini hanya ibu bapa dan keluarga yang kita kenali namun bila kita meningkat dewasa kita kenal dengan pelbagai jenis ragam manusia.
dan akan tiba satu saat kita harus berjalan sendiri tanpa keluarga disisi kita dan mungkin ketika itu, kita akan ditemani oleh orang-orang baru yang sama menaiki kereta api tadi untuk bergerak ke destinasi yang sama ataupun berbeza. 
disaat ini, kita mengenali kenalan-kenalan baru, ada antara mereka kekal di sisi kita sebagai sahabat dan ada sekadar menyapa kita dan pergi meninggalkan kita.
insan-insan yang kekal bersama kita dan digelar SAHABAT ini lah yang menjadi pengganti disaat KELUARGA tiada disisi kita. 
Dan aku juga mempunyai SAHABAT ini yang ada saat aku sendiri mengorak langkah di bumi asing ini. mereka sentiasa disisi menemai dan mendengar rintihku disaat aku jatuh dan gembira bersama di saat aku berjaya.
bagi aku mereka adalah KELUARGA KEDUA ku di saat aku berada di perantauan ini...



















Tuesday, 9 September 2014

andai aku terleka...


"andai aku terleka dengan hidup yang sementara ini, ingatkan lah aku...
andai aku terleka dalam mengejar impian dan cita-cita ini ingatkan lah aku...
andai aku terleka dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang anak dan seorang pelajar ini tegurlah aku...sesungguhnya aku amat menghargai teguran mu itu...
kerana mungkin teguran itu yang menyelamatkan aku dari tersalah langkah dalam mengejar impian ku ini...
dan mungkin dengan teguran itu aku dapat menjadi aku yang esok hari-nya nyata lebih baik  bebanding jika kau tidak menegur ku..
dan mungkin juga teguran mu itu adalah penyelamat dari aku melakukan kesalahan terbesar dalam hidup ku...
hingga itu...tegurlah aku andai aku terleka, sungguhnya kau adalah sahabat ku andai kau cuba membimbing aku dari melakukan dosa durjana itu..."

by: yeoh en ne

Sunday, 7 September 2014

TASIK CHINI...

love starts here
i fall in love with your beauty... i really mean its.
i'm not kidding, i really love its...hihi















photo by : annie87

Sunday, 17 August 2014

YAKINLAH TUHAN SENTIASA ADA...

aku harap aku boleh menjadi sebahagian dari insan yg membantu mereka
aku harap aku mampu memberi sesuatu
aku harap aku bisa meringankan keperitan yang mereka hadapi
aku harap hidup ini bisa memberi makna kepada yang lain
dan aku harap aku bisa mati kerana mereka

namun, aku hanya bisa berharap
aku diberi dua pasang mata yang cukup sempurna
aku diberi dua pasang telinga yang cukup indah ciptaan-Nya
namun, dua pasang telinga dan mata ini hanya bisa aku melihat dan bisa aku mendengar tanpa aku bisa gunakan untuk membantu mereka

aku terlalu lemah
aku tidak lemah...aku sentiasa berharap aku mampu menjadi sebahagian dari yg membantu mereka
untuk memperjuangkan nasib insan-insan yang ditindas dan disakiti ini
aku sentiasa berharap aku bisa hidup untuk membahagiakan yang lain
aku harap aku bisa mati kerana mereka

aku ingin mereka tahu yang aku sentiasa mendoakan mereka
walau kita berlainan bangsa dan agama, aku tetap ada untuk mendoakan kalian
aku akan sentiasa ada
andai ini sahaja yang termampu aku lakukan
semoga kamu semua kuat dan tabah menghadapi dugaan ini
yakinlah bahawa Tuhan sentiasa ada dan pasti sinar akan kembali menyinar kala hujan itu terhenti
dan yakinlah habuan Tuhan buat kalian adalah sangat besar
kuatlah...yakinlah...percayalah...tuhan ada bersama kalian...

#prayforGaza...

Thursday, 7 August 2014

"BEAUTY OF NATURE"

Dunia dipenuhi oleh keindahan alam semulajadi yang sangat memukau setiap mata yang memandang dan keindahan anugerah tuhan ini secara tanpa kita sedari adalah pelengkap hidup seseorang manusia itu. Manusia tidak akan mampu hidup jika dunia ini ibarat padang jarak padang terkukur. Maka Tuhan telah mencipta pelbagai ciptaan-nya hanya untuk memastikan kita (manusia) dapat hidup dengan selesa dan bahagia di muka bumi ini. Namun hari ini keindahan alam itu kian terhakis dik sikap manusia yang telalu ghairah mengejar kekayaan tanpa pernah memikir apa yang akan terjadi kepada alam ciptaan tuhan ini..
Kecewa..amat kecewa dengan sikap sesetangah manusia yang bersikap seperti ini...

Maka, post kali ini saya akan berkongsi gambar-gambar alam semulajadi yang telah saya ambik dengan menggunakan handphone samsung saya.. :)














Inilah sebahagian dari gambar-gambar yang saya telah ambik di sekitar rumah saya... walaupun kurang menarik tapi susah cukup untuk membuat saya tenang dengan melihat gambar-gambar ini semua..

#new_hobby_release_stress
#budak_baru_belajar_ambik_gambar
#photographer_professional_one_day





Sunday, 20 July 2014

My Journey

Selama 20 tahun penghidupan ini, aku telah menempuh pelbagai ragam pahit manis kehidupan yang telah membentuk siapa aku pada hari ini.
yeah...aku hari ini bukan lah sesiapa tanpa aku pada masa laluku.. masa lalu mengajar aku erti hidup. mengajar aku erti sebuah KEKALAHAN dan KEMENANGAN..
aku juga pernah gagal dalam sesetengah perkara yang aku lakukan, namun aku juga pernah berjaya dalam apa yang aku lakukan.. walaupun mungkin peratus kegagalan itu mungkin lebih tinggi dari peratus kejayaan itu..tapi bukan bermakna aku akan gagal selamanya.. kerana kegagalan itu mengajar aku untuk menjadi lebih kuat dan kegagalan itu membawa aku kearah kejayaan yang lebih besar..
aku masih ingat ketika di sekolah rendah aku gagal mendapat keputusan peperiksaan yang aku impikan..aku sedih, sedih sangat..namun, aku terbangun dari kegagalan itu untuk lebih berjaya. aku ingin merasai apa yang orang2 berjaya rasakan. kerana kegagalan itu aku berusaha lebih gigih untuk berjaya..hasilnya aku mendapat keputusan pmr yang cemerlang.. dan perasaan gembira itu memacu aku untuk lebih berani mencuba..aku berusaha dan terus berusaha untuk kejayaan yang lebih cemerlang..aku mungkin menjadi hamba kepada kemenangan..namun aku gembira melalukannya. aku sangat gembira bila melihat ada yang tersenyum disebalik kejayaan itu.. yeah, aku berjaya mendapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan spm..dan aku berjaya menempatkan diri di matrikulasi yang memang aku impikan sebelum ini..
namun disebalik kejayaan itu, aku juga pernah terjatuh..terjatuh dalam pelbagai perkara...impian ku, cita-cita, harapan, diri dan juga orang2 di sekeliling ku..
sebelum aku memperoleh apa yang aku miliki hari aku juga pernah gagal..ketika di sekolah menengah rendah aku pernah dibuli oleh senior2 di asrama ku..yeah, its quite bad and i know that..ketika aku baru sahaja di ting. 1.aku dibuli dengan agak keterlaluan oleh kakak2 di asramaku yang ternyata bila aku fikirkan semula, mereka memang tidak matang langsung..emosi aku terganggu dengan tindakan mereka..namun, aku juga berterima kasih kepada kawan2 ku yang membawa aku bangun semula..aku berjaya, berjaya mengatasi masalah itu dengan bantuan kawan2 ku. dan kerana aku tidak mahu itu terjadi lagi..aku mengajar diriku untuk menjadi lebih kuat lagi..aku berjaya kerana mereka tidak lagi berani membuliku selepas itu..hahaha..i thing i a little great lah..hahaha..but i really thankful for my best friends yang banyak membantu aku.. Zuraini n Julita..mereka lah yang ada ketika aku tak tahu nak berbuat apa ketika itu..aku teruskan perjalana hidup di high school seperti remaja2 yang lain..ketika di ting. 3. Zu berpindah sekolah ke sekolah yang lebih bagus.jadi yang tinggal hanya aku dan julita sahaja. we become a close buddies..dan setiap kemanisan itu terselit kesakitan yang agak terasa hingga sekarang..hahaha..the thing that really stupid that i never think..we share same feeling at the same guy..what the hell lah..at that time, i feel really bad, you know why? because i really love my friend and i know how much she love that guy..and because i really care about my friend, i try my best to hide my feeling toward this stupid guy.. i hate that guy..really hate..but, finally i make a decision, i choose my friend rather than that guy. i really thing that my friend never noticed that, but actually she know that thing..i try my best to explain to her..and luckily she hear me..
selain itu, ketika di high school, aku juga merupakan seorang pengawas n ketua asrama..yes, i got this state..hahaha..being a leader is not really great. i know i'm not a good leader..but what can i do. i try my best and from this experience i learn many thing..and its really helpful to survive my life when i get off from this group of people.. 
zaman sekolah menengah ku berlalu begitu sahaja, matrikulasi melambai mesra menyapa kedatangan aku ke kolej matrikulasi pahang..hahaha
actually i really love my matriculation life.. its really fun, i enjoy my life during study at matriculation..
satu budaya baru yang aku sendiri tidak pernah terfikir akan menjadi sebahagian dari kisah hidup ku..di matrik, aku dapat banyak kawan. aku berpeluang kenal dengan teman sebilik ku, ain n aimi.. i really love befriend with them..aku selalu pergi jogging, keluar duit kat atm, berebut bilik mandi n tengok movie sama2 dgn mereka..i really love this moment.. n matrik juga mengajar aku untuk menjadi seoarang insan yang lain dari apa yang aku lalui sebelum ini.. semasa di matrik i joined KAKOM.. and because aku tak nak jadi loser, aku training dengan kuat. semuanya kerana aku pernah kalah ketika di high school. and that time awk akan dibuang seperti sampah bila awk kalah..and i felt its..really bad..usaha gigih berlatih setiap petang membuahkan hasil. aku berjaya merangkul pingat emas dalam acara 1500m.. i really happy. happy sangat..dan kerana itu, aku dianugerahkan olahragawati matrikulasi pahang.. nice moment to remember..hahaha
hidup di matrikulasi tamat, usaha gigih, study awal2 pagi n jadual study yg sangat pack membawa aku ke UKM.. berbekalkan result matrikulasi aku berjaya melangkah kaki ke ukm..
UKM is not my first choices, at first i don't want to come here. but, i have too. namun, sekarang aku sedar yang aku telah ,membuat pilihan yang tepat. di ukm aku belajar banyak benda baru yang aku sendiri tak pernah dapat semasa di high school n matrikulasi. aku dapat ramai rakan. dan kerana aku masuk ukm, aku kenal dengan zud, ain, and 2 orang rakan matrik ku juga iaitu ling dan kawan yg paling lama aku pernah kenal zuraini. 
hidup di ukm ternyata berbeza dgn hidup di matrik. di ukm, aku belajar untuk lebih berdikari dan hidup di ukm aku mengenal pelbagai ragam manusia yang aku sendiri mungkin tak pernah jumpa sebelum ni..n sebab masuk ukm juga aku kenal dgn seorang rakan baru ni..musuh ketat aku. orang yang sangat annoying n buat aku rasa nak belasah jer. dan rakan ni jugalah orang pertama yang tak respect aku macam orang rakan2 lain buat kat aku..heeeeeee...mula2 aku menyesal lah jugak sebab kenal dgn orang macam ni..tambah memening kepala jer..tapi aku mula sedar yang rakan aku ni banyak tolong aku bila aku susah..yeah, dia memang agak annoying lah..bukan agak memang annoying asyik nak cari gaduh jer kerjanya. tapi dalam masa yang sama di banyak membantu dan sebab kenal dia juga aku belajar banyak perkara.. jangan mudah berputus asa and tidak ada benda yang impossible selagi kita ada keinginan..yes, dia betul dalam hal ni..and kerana ini juga aku tak mahu kalah dengan dia. aku akan pastikan bila aku jumpa ko satu hari nanti. aku akan lebih berjaya dari ko..ingat tu benda yang ko pernah cakap kat aku..n aku akan ingat sampai bila2..hahaha..kalau ko lupa siap ko aku belasah..hahaha...
aku gembira belajar di ukm walaupun kadang2 tu rindu dekat family. nak balik pun susah sebab jauh. so terpaksalah tahan jer. but, hidup di ukm memang menarik..and i love its..
hope everything akan berjalan dengan lancar sepanjang berada di ukm ni selama 3 tahun.. may god bless my journey at here.. :)


*continued ~my journey~









Friday, 11 July 2014

HAPPINESS IN LIFE

the true meaning of happiness......
if you are looking for happiness, you will not find its.
do you why?
it's because actually you are not understand what happiness mean. you just understand the word "HAPPINESS" but can't feel its.
happiness is not something we can buy by a million dollar of money.
happiness is not something that we can get like getting "like" in our social network like facebook, twitter, instagram or anything else.
and happiness is not something that we get only by doing our work without putting any effort on its.

HAPPINESS is about doing something by putting ourself on its.
HAPPINESS is about doing something that can make other smile, laugh, and happy.
then that the mean of happiness..
in our life, we can be happy by only doing thing that we love without cares about other. its just a while and you will feel bad after that. its call temporary happiness.
if you want to have permanent "HAPPINESS", you have to make other happy also.
and at the same time you also happy. then that we call as HAPPINESS.
lastly, this short video will tell you the meaning of HAPPINESS clearly...
can you imagine this an adorable 3 year old kid can do something like that..
that what we call is "miracle of the happiness".. :)




Thursday, 10 July 2014

EPILOG

3 september 2013, perjalanan hidup di alam universiti bermula. Dimana, saya telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di UKM selepas tamat pengajian di Matrikulasi Pahang. Pada hari pendaftaran ayah bersama aunty dan uncle datang menghantar saya ke UKM. selama seminggu saya menjalani sesi orientasi. pada ketika itu, saya hanya rapat dengan seorang rakan sahaja itu, roommate saya iaitu, Maroline yang berasal dari Sabah. Pada asal nya saya berasa agak kekok kerana Maro menggunakan bahasa inggeris dalam berkomunikasi. namun, saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. selain itu saya juga kenal dengan beberapa rakan lagi antaranya adalah Fahdil, Aine Mazurie, Nana dan banyak lagi.
Pada hari pertama sesi pembelajaran, secara tak sengaja saya telah berkenalan dengan Zud Ain, di mana kami harus membentuk kumpulan pembentangan untuk subjek Penghantar Pengurusan. Dalam kumpulan itu, kami terdiri daripada 5 orang ahli iaitu saya sendiri, Fahdil, Zud Ain, Ika dan seorang rakan sekolah rendah saya yg telah lama tidak bertemu iaitu Ain Nahuzeera.
Semestar 1 berjalan dengan pantas, saya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran di Universiti. Kehidupan di universiti juga telah mengajar saya untuk hidup berdikari. selain itu, kehidupan di universiti juga agak mencabar pada mulanya dengan pelbagai sistem yang agak janggal dengan diri saya pada mulanya.
Namun, hidup di UKM juga telah membentuk satu keluarga baru dalam hidup saya, dimana, saya yang merupakan salah seorang pelajar Orang Asli dan beberapa rakan lain iaitu Farah, Ain, dan Zuraini telah berusaha mencari beberapa orang lagi yg juga merupakan pelajar orang asli. hingga akhirnya, kami dapat menggumpul beberapa orang lagi pelajar OA di UKM. antaranya adalah Zul, Kak Linda dan Abang Rozie.
Secara tak langsung, perkenalan dengan mereka merupakan kekuatan bagi saya. it's because you only can be yourself when you are befriend with someone who really know yourself truely. Sejujurnya, mereka adalah kekuatan buat saya. kami selalu bertemu dan berbual. saat paling manis bersama mereka adalah ketika kami semua mengikuti program mahasiswa/i OA di Hotel Angkasa anjuran PSOA.
Namun, Zud juga merupakan kekuatan bagi saya, dia sentiasa ada ketika saya sedih, gembira dan semua lah..hihi.. saya gembira dan bersyukur dapat mengenali dia kerana dia adalah teman saya yang sangat setia. dia banyak mengajar saya menggunakan komputer kerana saya sememangnya tidak berapa cekap menggunakan komputer.
Semester Satu melabuhkan tirai dan saya memperoleh keputusan yg agak baik dan impian saya untuk semestar ini tercapai iaitu untuk mendapat Anugerah Dekan. itu merupakan hadiah yang tak terhingga buat diri saya sendiri dan juga keluarga saya serta Aunty saya yang telah bersusah payah menghantar dan membantu sehingga saya berjaya melanjutkan pelajaran ke UKM.

Semester Dua bermula, seperti biasa sesi pembelajaran berjalan seperti sediakala. KECUALI ketika saya masuk ke kelas Aplikasi Komputer, pada ketika itu, serius saya memang takut. takut sebab Sir Azzwan macam pelik sikit berbanding lecturer yang lain. Pada mula saya berfikir untuk menukar set krusus kerana takut akan Sir Azzwan. tapi saya dan Zud Ain menggeraskan hati untuk tetap di dalam set 3 Aplikasi Komputer. masa berlalu, saya mula mengenali pelajar2 set 3 dan saya mula bersyukur tidak menukarkan set krusus aplikasi. hahaha.. btw sir memang baik dan prihatin terhadap kami semua walaupun pada mulanya sir agak menakutkan. and Thanks Sir Azzwan for remembering my name. maybe u are my first lecturer in UKM that know and remember my name.. TERHARU rasanya..huhuhu
setelah berpenat lelah dalam semestar Dua, final exam pun muncul walau tidak diundang. Dan Final Exam ini benar mengajar saya erti hidup, di mana semasa minggu study week saya harus pulang ke rumah kerana keadaan yang mendesak, saya hanya dapat pulang ke UKM pada dua hari sebelum final exam bermula. ketika di rumah agak sukar untuk menggulangkaji pelajaran. namun saya ingat pesan teman sepejuangan saya, " ingat ko balik ke rumah sebagai tanggungjawab seorang anak, jangan menyesal nanti, balik lah tengok ayah ko, ko boleh nya study kat rumah, jangan risau". inilah yang saya pegang selama berada di rumah, walaupun susah nak study. but i try my best and thanks zud for supporting me when i doesn't know what i need to do with this situation. ketika menghadapi final exam, cabaran dan dugaan muncul lagi. dugaan ini membuatkan saya yg tak pernah pergi PK, boleh pergi PK. tak sia2 bayar yuran PK untuk sem ni..hahaha
masih ingat lagi waktu hari first exam paper math n aplikasi, sakit yang datang memang agak menyukarkan untuk menjawab exam dengan tenang. tapi masa tu, Tuhan memberi kekuatan, walau dalam keadaan begitu, i still can answer my exam. THANKS GOD..
final exam pun habis pada 19 june, dan rasa heavan sangat2. setelah hampir bertungkus lumus menyelamatkan gred supaya tak jatuh. akhirnya tamat juga perjuangan di bumi UKM untuk SEMESTER DUA, tahun 1. tapi, i really hope my grade will not drop..huahuahua..
and that all my story for 2 semester at UKM...
HONESTLY... I STARTED LOVE UKM..even UKM is not my first choose.hahaha










Take Care... ^_^

hidup adakalanya memang pelik....
semakin kita berusaha melupakan seseorang, semakin kita menyayangi seseorang itu.
namun, tidak semua kita harapkan akan mampu kita miliki.
walau sekuat mana pun kita menyanyagi seseorang,
walau sekuat mana pun kita menjaga perhubungan kita dengan nya,
andai Takdir menyatakan kita tidak bersama, kita pasti terpisah jua...

dan kerna Takdir jua aku harus kuat, kuat untuk menerima kenyataan bahawa segala2 telah berakhir.
kuat untuk terus melangkah kehadapan walaupun kau telah pergi.
namun kerna Takdir juga aku melepaskan kau..
kerna aku tahu aku tak mampu membahgiakan kau.
kerna aku tahu kau akan lebih sakit jika aku terus mengejar mu.
jadi aku menggambil keputusan melepaskan kau..

aku sentiasa berdoa agar kau akan bahgia
kerna melihat kau bahgia sudah cukup membuat aku tersenyum
walau mungkin kini aku tersenyum dalam tangis
terima kasih kerna pernah menjadi sebahgiaan dari episod hidupku
walau ianya menyakitkan, namun biarlah kemanisan menutupi segala kesakitan itu

Take Care.. ^_^

bila penat study ni lah jadinya..merapu tak tentu pasal..hahahaha
#final_exam...chayok2..

Friday, 30 May 2014

Kerana Kami Adalah Kembar (bahagian akhir)

Malam itu aku mengagahkan diri bertemu mama dan papa yang duduk diruang tamu sambil berbual sesuatu yang aku sendiri tidak tahu apakah yang dibualkan oleh mereka. aku menggorak langkah menghampiri ruang tamu rumah. namun, langkah ku terhenti apabila aku mendengar perbualan mereka. ketika itu tiada apa yang bisa aku katakan lagi, mama dan papa sedang berbincang mengenai keadaan Yumiko yang sedang tenat sekarang. tanpa aku sedari, mama yang sedar akan kehadiran ku segera terdiam. aku berjalan ke arah papa dan mama. "mama papa, hujung minggu ni saya dan Yumiko ingin melihat bunga sakura yang sedang kembang mekar di hujung bandar sana". "saya pernah berjanji akan membawa Yumiko pergi melihat bunga sakura apabila tiba musim bunga nanti. jadi saya harap mama dan papa dapat mengizinkan saya dan Yumiko pergi". papa dan mama hanya terdiam. aku amat mengerti yang mama dan papa sememangnya tidak mengizin aku dan Yumiko untuk pergi melihat bunga sakura. "Natsume kamu sendiri faham bagaimana keadaan Yumiko sekarang, papa harap kamu faham", kata papa dengan nada yang perlahan. aku terdiam, tanpa ku sedar aku mulut terbuka dan berkata, "kerana saya faham keadaan Yumiko lah, saya ingin membawanya pergi melihat bunga sakura. saya ingin menunaikan permintaan yang mungkin permintaan terakhirnya". aku tidak dapat menahan lagi, air mata seolah air sungai yang mengalir laju tanpa bisa aku tahan lagi. dalam kesedihan itu, tubuh ku ditarik. mama dan papa memeluk ku erat. "Natsume...mama dan papa benarkan Natsume bawa Yumiko pergi tapi Natsume kena janji akan jaga Yumiko dengan sebaik mungkin". ketika itu suara mama bergetar menahan sedih. dan papa hanya menahan tangis yang tak bisa ditahan lagi.
"Natsume janji akan jaga Yumiko dengan sebaik mungkin mama dan papa".

Pada hujung minggu itu aku dan Yumiko pergi melihat bunga sakura yang terletak di hujung bandar itu. jelas di wajah Yumiko terselit satu kebahagian yang tak bisa aku ungkap. namun, aku tidak lupa akan pesan mama dan papa supaya aku menjaga saudara kembar ku itu. "Yumiko, kamu kelihatan sungguh gembira". "ermmm.. saya amat gembira Natsume kerana dapat keluar dengan kamu seperti dahulu semula. saya harap ini bukan kali yang terakhir". wajah Yumiko mula berubah saya. aku segera menggemgam tangan Yumiko dan aku akan berusaha untuk melupakan segala kesakitan yang dia alami sekarang. "Yumiko..lihat ada bunga sakura disana...wah cantiknya....." "ye lah, bunga sakura itu amat cantik Natsume." kami belari anak menuju ke pokok sakura yang baja terdapat di situ. sepanjang berada di situ kami dapat merasai kebahgiaan yang seolah telah hilang selama ini. aku sungguh bahgia, begitu juga dengan Yumiko. petang itu kami pulang ke hospital walaupun berat hati kami untuk meninggalkan tempat itu. Aku gembira kerana dapat melihat Yumiko ketawa seperti dahulu semula.

Setiba di hospital, mama dan papa sedang berada di bilik Yumiko. "ooo..kamu berdua sudah pulang, bagaimana adakah kamu berdua gembira", tanya mama. "kami sangat gembira", jawab kami serentak sambil tersenyum riang. "baguslah jika begitu, sudah lama papa tidak melihat anak-anak papa tersenyum riang", jawab papa dengan sekumtum senyuman di wajah nye. " mama ada bawakan bekal, kamu berdua makan lah", kata mama. "mari Yumiko kita makan bersama". "ermm..mari Natsume". "Kami makan dahulu". "mama dan papa ingin pulang kerumah sebentar, kamu berdua makan dan berehat lah dahulu yek", kata mama sebelum beredar pergi bersama papa. setelah selesai makan, aku dan Yumiko berborak bersama. tiba-tiba aku teringatkan jus buah-buahan yang selalu kami beli apabila pulang dari sekolah. "Yumiko, kamu ingin minum jus buah-buahan tak? apakata kalau saya pergi beli sebentar". "saya memang rasa ingin meminum jus buah-buahan tapi gerai itu jauh dari sini, kamu akan penat jika pergi kesana". "tak apa Yumiko, bukan selalu dapat bersama begini. siapa tahu kita tak dapat merasai saat ini lagi". " Natsume kenapa kamu berkata begitu". " Yumiko saya pergi dulu ya, saya akan pulang secepat yang mungkin".

ring....ring...ring..telefon di rumah memecah suasana sunyi di rumah. "papa tolong angkatkan telefon, mungkin Natsume yang telefon", kata mama. "baik mama", jawab papa. "hello, En. Hayoto disini". "anak tuang berada di hospital sekarang, dan keadaannya amat tenat, harap encik dapat datang ke hospital sekarang". "papa siapa yang telefon", tanya mama. papa hanya terdiam. "papa..papa". "mama, mari kita segera ke hospital sekarang Yumiko sedang tenat", jawab papa dalam nada yang amat pilu". "apa papa...............". mama sudah mula menangis. setiba dihospital, mama dan papa amat terkejut apabila melihat Yumiko sedang berada di luar wab. mama dan papa memeluk Yumiko dengan erat dan membisik di telinga Yumiko. "syukurlah kamu tidak apa-apa sayang". yumiko hanya terdiam. tidak lama kemudian dia bersuara dalam getar dan suaranya seakan tidak kedengaran. "Natsumeeeeeee.....". Yumiko terus menangis. mama dan papa mula berasa takut. "Natsume... di mana dia? apa telah terjadi kepada Natsume, Yumiko?", tanya mama dalam nada terketar-ketar. papa cuba menenangkan mama apabila dia seoleh dapat meneka situasi itu. "Natsume kemalangan ketika ingin pergi membeli jus buah-buahan", kata Yumiko. mama seolah tidak dapat tidak mampu bertahan lagi lalu rebah di sisi papa. jururawat yang berada disitu segera berkejar ke arah papa, mama dan Yumiko. mama dikejarkan ke wab. sementara papa turut pergi bersama. "Yumiko, tunggu sebentar ya sayang, papa akan kembali segera". yumiko hanya mengangguk sahaja dalam tangisan yang kian tidak berhenti lagi.

jam di dinding telah menunjukkan jam 11 malam, namun pembedahan masih belum selesai. Yumiko duduk disebelah papa. dan hanya mampu diam membisu. tidak lama kemudian, doctor pun keluar. "Doctor, bagaimana keadaan Natsume?", tanya papa. "sabarlah En. Hayato, kami telah cuba sedaya upaya. tapi keadaan Natsume amat parah, di mungkin akan koma buat tempoh lama", kata Doctor. kini sudah hampir 2 bulan Natsume terlantar di hospital tanpa ada sedikit reaksi pun yang dia akan sedar. dan sepanjang itu jua lah Yumiko setia berada disisi Natsume. mama dan papa akan bergilir-gilir menjaga Natsume dan Yumiko yang berada di hospital. ternyata keadaan keluarga itu agak tidak teratur semenjak Natsume di maksukkan ke hospital akibat kemalangan yang menimpanya. Yumiko seolah diberi kekuatan untuk berdiri teguh disisi Natsume yang juga sedang bertarung nyawa sepertinya. Petang itu, Yumiko datang ke bilik Natsume, dan sepanjang Natsume terlantar di hospital Yumiko sentiasa berbual, bercerita dan kadang-kadang dia akan ketawa seorang diri ketika berada di dalam bilki Natsume. mungkin tiada reaksi yang diberi oleh Natsume. namun dia tidak pernah berputus asa menceriakan Natsume yang sedang terlantar koma. "Natsume, saya rindu sangat pada awak, saya harap kita dapat pergi melihat bunga sakura yang kembang mekar pada tahun depan bersama-sama" kata Yumiko. tanpa Yumiko sedari air mata mengalir dan pantas dia menyeka air itu dari terus mengalir.

"Yumiko kamu harus rehat", kata mama yang melihat Yumiko yang tidak pernah berehat dan sentiasa berulang-alik dari wab Yumiko ke wab nya. Kini, satu hospital mengenalinya, dan mereka simpati terhadap Yumiko dan keluarga namun tiada siapa bisa melawan takdir tuhan itu. pagi itu, Yumiko bangun dari katilnya dan bergegas mempersiapkan dirinya untuk ke kamar Natsume. namun, dalam perjalanan ke wab Natsume, Yumiko telah jatuh pengsan mungkin kerana terlalu penat atau juga berlaku radiasi di jantung nya. Yumiko segera di bawa ke wab. mama dan papa hanya mampu berdoa dan mempersiapkan diri untuk menghadapi segala yang terjadi. "puan tuan, keadaan Yumiko semakin parah dan kami dah tak mampu untuk melakukan apa-apa lagi kecuali jika ada yang mahu mendermakan jantung kepada Yumiko", kata Doctor Kiyoko dalam nada yang agak kecewa. "tapi doctor kita masih belum mempunyai penderma untuk Yumiko", kata papa dalam nada yang agak keras dan tertekan. tiba-tiba doctor Kiyoko bersuara perlahan, "kita sudah ada penderma itu cuma menunggu kebenaran puan dan tuan sahaja". terselit satu harapan di wajah papa dan mama. "jadi apa yang ditunggu lagi Doctor cepatkan lah urusan pembedahan anak saya", kata mama dengan wajah ceria. doctor Kiyoko bersuara lagi, "sebelum Natsume mengalami kemalangan dia ada berkata kepada saya yang dia sangat ingin membantu saudara kembara nya, lalu saya bertanya "mengapa kamu berkata begitu Natsume?", Natsume membalas kerana dia sudah tidak sanggup melihat Yumiko menderita. jadi dia amat berharap agar dapat membantu saudara kembaranya itu", kata doctor Kiyoko dengan wajah yang penuh kecewa untuk menyampaikan amanat terakhir anak kecil yang sedang terlantar koma itu. mama lantas menangis lalu memeluk papa, "doctor tiada cara lain sudah ke?, saya tak mungkin membernarkan ini terjadi doctor", kata papa dalam nada yang tegas. "buat masa ini, kami belum mendapat mana2 penderma buat Yumiko dan keadaan amat mendesak, jika Yumiko tidak dibedah dengan segera kita mungkin sudah tiada harapan lag", kata doctor Kiyoko.

akhirnya, papa mengambil keputusan untuk membernarkan jantung Natsume dipindahkan ke tubuh Yumiko, walaupun pada asalnya mama tidak bersetuju tetapi memandangkan Natsume yang tidak mungkin akan sedarkan diri lagi. mereka menggambil keputusan mendermakan jantung Natsume ke badan Yumiko yang semakin tenat sekarang. pada pukul 9 malam kesokkan nya Yumiko telah di maksukkan ke wab pembedahan, Yumiko yang lemah hanya mampu mengikut gerak atur orang-orang di sekelilingnya. pembedahan yang menggambil masa yang agak lama itu akhirnya berakhir juga. namun kini, papa dan mama harus membuat persediaan untuk membawa Natsume pulang kerumah. mungkin itu adalah tindakan tersebar yang tak mungkin dilupakan oleh dua orang insan itu. Natsume selamat dikebumikan pada keesokkan harinya. sementara Yumiko masih terlantar di hospital tanpa menyedarkan diri.
Dua hari kemudiaan, Yumiko menunjukkan reaksi untuk sedar. mama dan papa amat gembira menerima khabar itu walaupun mereka masih diselubungi oleh rasa bersalah. pada petang itu, Yumiko sedar dan mama dan papa yang berada disisi Yumiko pada ketika itu kelihatan sungguh gembira lalu memeluk gadis kecil itu. "mama papa, Natsume bagaimana adakah dia sudah sedar", kat Yumiko sambil tersenyum. papa dan mama seakan kehilanggan kata ketika itu. lantas papa berkata, "Yumiko masih lemah harus banyak rehat lagi yek sayang". Yumiko hanya terdiam sahaja.

malam itu, Yumiko terjaga dari tidur dan dia melihat,mama sedang lena tidur disisi katilnya. Yumiko yang terpikir akan Natsume ketika itu segera bangun dari katil nya dan berjalan ke arah wab Natsume. dalam keadaan yang gembira, dia terus melangkah. setiba dia wab Natsume, Yumiko berasa amat terkejut apabila melihat wab itu telah kosong. dia mula berasa risau dan menangis. tiba-tiba seseorang telah memengang nya dari belakang. "Yumiko, kenapa kamu menangis di sini", kata Natsume. Yumiko yang sedang menangis ketika itu berasa sungguh gembira lalu memeluk Natsume. "saya menyangka awak telah pergi meninggalkan saya Natsume", kata Yumiko dalam tangisnya. "Yumiko, saya tak akan pernah meniggalkan awak, saya akan sentiasa berada dia dalam diri awak KERANA KITA ADALAH KEMBAR". Yumiko tersenyum mendengar Natsume berkata begitu. mama yang terjaga dan tersedar Yumiko telah tiada di katilnya segera belari keluar untuk mencari Yumiko. ketika tiba di hadapan bilik Natsume, mama melihat seolah Yumiko sedang berbual dengan seseorang. mama mula berasa takut kalau2 Natsume tidak tenang dengan tindakannya dan papa. mama segera memanggil Yumiko, "Yumiko kamu buat apa berada di luar wab ini diwaktu-waktu begini", kata mama. Yumiko membalas, "saya hanya datang untuk melawat Natsume kerana semenjak terjaga saya tidak datang bertemu Natsume lagi". mama mula berasa takut.
tiba-tiba budak peempuan yang berada di sisi Yumiko itu memandang kearah nya. dan itu adalah Natsume. mama yang berasa takut ketika itu berlari kearah Yumiko. lalu memeluk Natsume, namun setelah dia membuka mata Natsume sudah tiada lagi dipandanggan matanya. namun, mama teringgat sesuatu yang Natsume ada menggucapkan terima kasih ketika berada di pelukkan nya. sementara Yumiko sudah terbaring di atas lantai hospital mungkin kerana jantungnya belum stabil. mama berlari menuju ke wab semula dan menjerit meminta tolong. doctor dan jururawat bergegas ke arah mereka.

seminggu kemudian Yumiko telah sihat dan dibenarkan keluar hospital. sebelum meninggalkan hospital Yumiko pergi ke bilik Natsume, mama dan papa hanya membiarkannya. Yumiko seakan faham yang jantung yang ada di dalam badannya adalah milik Natsume.
"mama papa...selepas ni temani Yumiko pergi melawat Naysume yek", kata Yumiko. mama dan papa berasa amat terkejut lalu memeluk Yumiko dan meminta maaf. "mama papa..jangan begini, Natsume cakap disayang sangat kepda papa dan mama". dalam pelukkan erat itu kebahagian yang hilang seakan berputik kembali.. Doctor Kiyoko yang berada di luar wab hanya mampu menahan tanggis nya.. lala berkata " doctor sudah buat apa yang kamu harapkan Natsume"...




~THE ENDS~
KERANA KAMI ADALAH KEMBAR









Friday, 23 May 2014

JAGA HATI JANGAN SAMPAI MENYAKITI YANG LAIN...

Kamu mungkin hebat kerana kamu mempunyai ramai sahabat
kamu juga mungkin bahagia kerana sentiasa dikelilingi oleh orang yang sayang kepada kamu
dan kamu mungkin berasa gah kerana mampu mendapatkan apa yang kamu inginkan

namun, sehebat mana pun kamu jika kamu menggunakan kehebatan itu untuk mempermainkan orang lain yang mungkin tidak pernah merasa apa yang kamu rasa sekarang kamu sebenarnya adalah orang yang tidak layak untuk memperolehi apa yang kamu ada sekarang.

mungkin pada kamu, mempermainkan orang lain itu perkara biasa bagi kamu
membuatkan orang rasa sakit itu satu yang tidak memberi impak buat kamu
dan juga mungkin bagi kamu membuat seseorang itu menangis juga perkara normal bagi kamu

namun ingatlah Tuhan akan memberi apa yang kau berikan
jika kau menyakitkan seseorang hari ini, kau mungkin akan disakiti suatu ketika nanti
jangan memberi harapan jika kau tidak jujur dan hanya sekadar untuk mempermainkan
jangan memberi jika kau hanya ingin menguji seseorang itu kerna kau tidak tahu apakah kesakitan yang kau beri hanya dengan berlaku begitu
mungkin pada kau seseorang itu tidak terasa dengan apa yang kau lakukan tapi bagaimana kau begitu yakin dengan apa yang kau lakukan
apa pernah kau bertanya kepada dia apa yang dia rasa setelah apa yang kau lakukan
ingatlah...jangan cuba menyakitkan makhluk ciptaan Tuhan itu, kerna kau juga ciptaan Nya dan pada bila-bila masa sahaja Tuhan boleh menarik semua kebahagian itu

sentiasalah kita muasabah diri kita sendiri...
jika kita tidak menyayangi seseorang janganlah berinya harapan kerna dia juga mannusia biasa
yang punya hati dan perasan. 
dia juga akan berasa sakit jika kau permainkan perasaannya.
jika kau seorang manusia yang bersyukur pada rahmat Tuhan buat dirimu
hargailah manusia lain, jika kau tak mampu membahagiakan dia, jangan pula kau cuba menyakitinya
ingat lah KARMA itu sentiasa ada...
mungkin kau buat pada orang lain pada hari ini
dan atas tindakan itu kau mungkin menderita di kemudian hari nya

#noted untuk diri sendiri..maaf jika ada yang menyinggung perasaan yang membaca kerna bukan itu niat di hati...

Wednesday, 21 May 2014

Kerana Kami Adalah Kembar.... (bahagian 1)

Jambatan itu mengungkap sejuta kenangan kita bersama. masih aku ingat setiap kali kita pulang dari sekolah pada setiap petang, kita pasti akan singgah sebentar di atas jambatan itu untuk melihat mahatari terbenam sebelum pulang ke rumah. ketika itu, kita akan berbual dan bergelak tawa tanpa memikirkan apa yang akan difikirkan oleh orang yang turut menggunakan jambatan itu. masih aku ingat dengan jelas ketika dia bertanya apakah impian dan harapan aku. pada ketika itu aku hanya tersenyum kepadanya dan dia juga hanya membalas senyum itu kembali. setiap kali tiba di rumah mama pasti akan memarahi kami kerana pulang lewat ke rumah. mama amat risau akan kami. dan aku cukup tahu mengapa mama berasa begitu.

Hari ini aku pergi dan pulang ke sekolah sendirian, tiada lagi tawa gembira yang terukir dibibirku. yang aku pasti aku hanya inginkan dia. aku ingin dia bersama ku. aku inginkan dia menemani aku pergi dan pulang ke sekolah seperti dulu. aku ligat memerhati jam mahatari yang terpapar di hadapan kelas. di dalam hati aku sudah tidak sabar ingin pulang kerana ada tempat yang ingin ku tuju selepas ini. tepat jam 2.30 petang, loceng pun berbunyi, aku dengan pantas mengambil beg galas ku dan berlari kearah pintu. "saya pulang dulu kawan-kawan". 

setelah hampir lima belas minit berlari dari sekolah akhirnya aku tiba di Hospital Besar Senol. aku membuka pintu dengan pelahan, "saya dah sampai". "ooo, awak dah sampai Natsume". "ermm, awak apa khabar, bagaimana keadaan pada hari ini". " Saya dah semakin sihat, hihihi". " baguslah Yumiko". "bagaimana dengan kelas hari ini Natsume". " saya bosan di sekolah, esok saya tak akan ke sekolah, saya ingin menemani awak disini. hihihi". " Natsume, awak tak boleh begini, awak harus kesekolah supaya mama dan papa tidak sedih nanti". "tapi.........saya sedih tanpa awak disekolah". air mata jernih mula mengalir di pipi Natsume. Yumiko cuba memujuk Natsume. selama Yumiko ditahan di hospital, Natsume terpaksa pergi dan pulang sekolah sendirian. dan semenjak itu juga hospital telah menjadi rumah kedua buat mereka walaupun hanya Yumiko yang sakit, namun Natsume tidak pernah meniggalkan Yumiko. mungkin itu ikatan terkuat antara mereka.

Setelah Yumiko disahkan menghidap jantung berlubang, dia sering dimasukkan ke wad dan ketika itu jugalah aku akan menemaninya di hospital. Yumiko pernah bertanya, adakah aku tidak bosan berada dihospital menemaninya. aku menjawab dengan penuh senyuman. "Natsume tak akan pernah rasa bosan menemani Yumiko sebab Natsume sayang Yumiko lebih dari segalanya". Yumiko cuma tersenyum. jelas disebalik senyum itu terselit kesakitan yang teramat yang ditanggung olehnya dalam bertarung untuk terus hidup di dunia ini. aku pernah berjanji dalam hidup ku jika aku tak mampu untuk memberinya sebahagian dari nyawa ku cukuplah jika aku mampu membahagikan saudara kembar ku ini. aku masih ingat ketika mama bercerita ketika dia melahirkan kami, mama dan papa sangat gembira menerima kehadiran kami. dan sejak dilahirkan aku dan Yumiko tidak pernah terpisah, dimana ada Yumiko, aku pasti ada disitu. hinggalah, penyakit Yumiko semakin tenat, dia sentiasa berada dihospital dan aku pula harus kesekolah walaupun aku tidak mahu. Yumiko pernah menyuarakan pendapatnya untuk ingin pergi melihat bunga sakura yang berkembang mekar disetiap kali tibanya musim bunga. dan tahun ini, aku nekad akan mebawa Yumiko pergi melihat bunga sakura itu walau sesukar mana sekalipun.

Musim bunga kembali lagi, kali ini aku pasti akan membawa Yumiko pergi melihat bunga sakura itu. "Tuan dan Puan, Yumiko harus segera dibedah kerana jantungnya mengalami radiasi yang mungkin akan meragutnya", kata Doctor Kiyoko, doctor yang merawat Yumiko. Aku yang berada di luar pintu, mendengar mama mengnangis teresak-esak. sebentar selepas itu, suara papa kedengaran, "lakukanlah apa yang patut Doctor, asalkan Yumiko dapat diselamat". suara papa yang sebak membuatkan aku berasa sangat sakit. doctor Kiyoko pun bersuara, "baiklah jika begitu, puan dan tuan harus kuat bersabar". aku segera bergegas mendapatkan Yumiko yang berada du dalam bilik sakitnya. ketika aku membuka pintu, Yumiko sedang leka memandang kearah luar hospital dengar wajah yang penuh pilu. aku menyapa Yumiko, "Yumiko, kamu tidak apa-apa". Yumiko berpaling dari tingkap, " oh Natsume, saya tidak apa-apa cuma sudah lama benar saya berada di hospital, saya rindukan keadaan diluar sana". Natsume dengan pantas memeluk Yumiko seerat yang boleh. ketika itu Natsume tidak dapat menahan lagi untuk mengangis. dalam pelukan itu Natsume bersuara, "Yumiko, saya berjanji akan membawa awak keluar melihat bunga sakura yang sedang kembang mekar di sekitar banda ini". Yumiko tersenyum manis. "terima kasih Natsume". "erm, sama-sama Yumiko".


bersambung........













Sunday, 18 May 2014

PHOTO...PHOTO...hihihi


Kebosanan melanda lagi..... aisshhh..memang tak patut rasa bosan hujung minggu bergini..
jadi petang sabtu tu aku keluar lah berjalan dengan membawa hand phone.. *memang tak blh tinggal..hihi
aku pun berjalan lah disekitar dectar.. tiba2 perangai suka menggambil gambar tu pun datang lah..
so...apa lagi aku pun jadi lah photograper untuk petang tu.. tapi aku bukan jenis yang giler selfie lah sebab aku lebih sukakan keindahan alam semula jadi..so gambar yang aku ambik semua gambar2 bunga, pokok dan dectar.
hihi.. btw ni lah hasil tangan insan yang kebosanan..haha

BUNGA PUTIH..TAK TAHU LAH APA NAMA BUNGA NI..TAPI CANTIK SANGAT











Setelah penat berjalan disekitar ukm... inilah antara gambar yg dpt diambil..hihihi..even tak cantik dah cukup untuk aku menghilang kan rindu pada kampung halaman ku....

i miss my home, i miss my family..i miss all of them... :'(






Friday, 16 May 2014

NOTA BUAT HATI


" andai kau telalu penat dengan hidupmu, berhentilah seketika...ini mampu menenangkan jiwamu...
andai kau tidak tenang jua, terbanglah....terbanglah setinggi awan, terbanglah sejauh yang termampu...
mungkin disana kau mampu menemui jalan, yang tak mampu kau temu disini...."


wahai hati........kuatkan lah pegangan mu, jangan pernah kau lupa akan tujuan hidupmu, lupakan segala yang telah berlalu, bantulah hidupmu untuk hidup dikemudian hari kerna hidup ini masih terlalu panjang untuk ditempuh....
andai kau jatuh, bangun lah...andai kau menangis, usaplah tangisan mu dan teruskan lah perjalanan hidupmu...
andai kau berjaya suatu hari nanti jangan pernah kau lupa akan segala yang kau lalui dan jangan kau lupa siapa yang bersama di saat kau jatuh..
andai kau mampu melangkah kehadapan, janganlah pernah kau berpaling ke belakang semula...
andai semua ini adalah dugaan TUHAN buatmu..
kuatkan lah HATI mu, kuatkan lah JIWA mu dan kuatkan lah PEGANGAN mu....
andai TAKDIR TUHAN itu tidak pernah silap, dan andai takdir itu yang terbaik untukmu...
tenangkanlah jiwamu untuk menghadapi semua ini...
percayalah pada TUHAN dan semuanya pasti akan tampak indah...

Thursday, 15 May 2014

BULAN



Kaki ku indah mengatur langkah
mencari secubit ketenangan yang hilang
aku melangkah dan terus melangkah
membelah hening dan dinginnya malam

Sedang aku melangkah dan terus melangkah
aku nampak kau
kau begitu indah dan cantik di pandangan mataku
sudah lama aku perhatikan kau

Kali ini kau lebih indah dari sediakala
kau lebih terang
seolah cuba menerangi hidupku yang kian malap
aku tersenyum dalam tangisan

Jauh disana, kau tepat menatap aku
walau kemana aku melangkah
kau tetap disitu tidak pernah beranjak 
aku mula merasa bahgia kerna masih ada yang prihatin

Dalam diam, tanpa ku sedar
air jernih mengalir dimata
apakah aku terlalu bodoh untuk mempersia hidup ini
sedangkan kau masih setia disana tanpa pernah beranjak

Tangan ku pantas meleraikan air jernih dari mataku
aku mula terpikir sejenak
aku mula sedar sesuatu
aku terlalu leka dengan onak yang datang melanda
sehingga aku lupa akan keindahan dunia

Malam itu, ketanagan itu aku peroleh
ketenagan yang telah lama aku cari
semuanya kerna aku melihat kau
kau sungguh indah dan tidak bisa ku bayang hidupku tanpamu

Hari itu tepat LIMA BELAS HARI BULAN...
aku melihat kau penuh sempurna
cantik...sangat cantik..hanya itu bisa ku ungkap
kau lah BULAN yang sentiasa indah menemaiku
melihatmu memberi aku ketenangan..
~BULAN~

terima kasih kawan ku kerna kau sudi menemani sahabatmu ini mencari ketenangan yang hilang 
dan 
terima kasih...kerna aku mengenal kalian 
aku juga telah mengenal satu keindahan dunia yang telah dianugerahkan Tuhan buat kita semua
aku masih ingat saat kita menhitung hari untuk melihat bulan penuh
setiap malam saat kita keluar bersama setelah penat melaksana tanggugjawab masing2
kita akan melihat BULAN
menanti dan terus menanti untuk melihat bulan penuh
LIMA BELAS HARI BULAN
bulan itu indah tersegam penuh

Inilah memori yang dapat aku peroleh saat bersama kalian yang tak mungkin aku peroleh andai aku bersama yang lain...
terima kasih teman...






















Monday, 12 May 2014

LUAHAN HATI SEORANG INSAN KERDIL...


Perjalanan hidup ini masih panjang. Mungkin aku jatuh hari ini. Jatuh kerana kelemahan aku sendiri, yang tak mampu menilai yang mana betul dan salah. Tapi masa yang lepas tak mungkin mampu untuk aku putarkan semula. Walaupun sesakit mana pun yang aku rasa. semua hanya menjadi satu luka dihati yang tak mampu aku ubatkan. Namun mampu untuk aku menerimanya dengan hati yang tenang dan sabar. Aku bukanlah seorang manusia luar biasa. Aku juga manusia biasa, punya hati dan perasaan. Aku juga akan menangis apa bila disakiti. malah aku mungkin lebih lemah dari apa yang mereka sangkakan. Mungkin bagi mereka aku seorang yang kuat dan tabah. Namun, aku juga penat, penat untuk menghadapi semua ini. Tapi aku sedar bukan mudah untuk melangkah apabila kita telah terjatuh. Aku juga punya hati dan perasaan. Aku bukan sampah dan aku bukan mainan yang hanya akan kau cari saat kau perlukan dan buang disaat aku sudah tidak berguna kepadamu. Aku juga manusia biasa, aku sadar yang aku tidak sempurna seperti yang kau inginkan. Tapi hargailah aku sebagai seorang manusia. 
Ya Tuhan ku, kau kuatkan lah aku untuk menempuhi semua ini. Maafkan hamba mu ini yang telah terleka dengan keindahan dunia sehingga terlupa akan kuasamu. Ya Tuhan, kau pimpinlah aku kejalan mu. Bantulah aku disaat aku jatuh dan temanilah aku di sepanjang perjalanan hidupku ini.
Andai esok aku sudah tidak mampu melihat dunia ini, kau ampunlah dosa hamba mu yang kerdil ini dan kau ampunkanlah dosa mereka2 yang telah melukai aku. Apalah hak aku untuk menghukum mereka. Aku yakin akan kuasa mu dan aku yakin suatu hari nanti mereka pasti akan sedar. Aku akan sentiasa mendoakan mereka dan kau ampunkanlah jika aku pernah menyakiti dia. Aku sedar, aku manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan. Tapi, aku juga harapkan maaf dari nya. Maaf kerana aku terlebih menjaga dia sehingga dia membenci aku. Tapi aku harap dia tahu yang aku jujur dalam segala apa yang aku lakukan untuknya. Mungkin baginya, ini semua lakonan yang membuat dia meluat dan membenci aku. Namun, aku harap dia sedar yang aku jujur terhadapnya. Mungkin kau tak akan pernah sedar semua ini kerna kau telah menutup sekemas-kemasnya mata hati mu untuk melihat semua ini. 
Namun, aku yakin dengan takdir Tuhan dan aku percaya segala yang berlaku pasti mempunyai hikmahnya. Semakin aku melangkah jauh semakin aku sedar yang hidup itu tak seindah yang aku bayangkan. Tapi kerna itulah aku menjadi lebih kuat untuk menempuh hari esok.
Cuma satu mohonku, aku harap kau tak akan pernah muncul lagi dalam hidup ku lagi. kerna aku tahu itu yang kau harapkan. terima kasih kerna pernah menjadi sebahagian dari episod hidupku. dan terima kasih, kerna mengenalmu mengajar aku erti sakit dan mengajar aku supaya tidak menaruh harapan yang tinggi pada sesuatu yang bukan milik aku. TERIMA KASIH.






Saturday, 10 May 2014

NUKILAN CINTA BUAT IBU


Hari-hari berlalu, aku mula mengenal dunia
di hari-hari ini aku sibuk mengejar kejayaan di dunia
mencari secebis kemewahan untuk bekalan di hari tua
agar mampu aku membahagiakan mereka 
namum...aku terlupa sesuatu
semakin aku menajadi dewasa, semakin aku melangkah kehadapan
mereka juga sedang dimamah usia...

masih ku ingat, ketika aku mula berlajar berjalan, belari dan ketika aku mula menjadi dewasa
dialah insan disebalik kejayaan aku pada hari ini,
masih ku ingat, tika aku sakit dan demam, dialah yang bersengkang mata menjaga ku disepanjang malam tanpa mengenal erti penat,
masih ku ingat, disaat aku dimarahi ayah, dialah yang setia bersamaku, memujuk dan melindungi ku,
dan masih ku ingat, disaat aku pergi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak untuk berjasa kepada keluarga dan juga negara, dialah insan yang paling sebak dan tidak pernah putus pesan dan doanya untukku..

Dan hari ini, hasil usahanya aku bergelar seorang mahasiswa di sebuah universiti terkemuka 
dan kerna dia juga aku bisa mengenal duri-duri dunia dan bunga-bungaan disepanjang perjalanan hidup ini
aku bisa menjadi manusia berguna, aku mampu menjadi anak yang berjasa dan aku mampu menjaga maruah dan nama baik keluarga,
semuanya kerna dia, seorang insan mithali, seorang insan yang sangat penyayang, seoranag insan yang menjadi tonggak hidupku...

dikesempatan ini....
ANAK mu ini mengambil peluang ini mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat mak tersayang
anakmu ini sedar walau seluas lautan pun anakmu ini cuba membalas jasamu, tidak mungkin mampu terbalas dengan apa yang telah mak berikan kepada diriku ini..
namun, anakmu ini akan mencuba sedaya yang mungkin, akan ku jadi insan yang mampu membahagiakanmu di dunia ini dan alam lain nanti...
MAK... I LOVE YOU... you are my FIRST LOVE & my love for you will never ends...
terima kasih mak kerna telah menjadi ibuku..
terima kasih mak kerna mak telah menjaga dan menyayangi ku..
terima kasih mak untuk segalanya........

~ANNIE SAYANG MAK SELAMANYA
SELAMAT HARI IBU~