Friday, 25 April 2014

Melodi Hidup

Melody Hidup

sendiri aku berjalan di dalam gelap mencari sinar
sinar yang mungkin wujud di esok hari
atau juga mungkin kelam selamanya
mengapai tangan, memaut selembar benang dalam kegelapan mencari erti sebuah sinar

semuanya kelam, bagai tiada sinar lagi
aku mula merasa takut untuk terus melangkah
namun hati ku juga takut untuk berhenti melangkah
maka kaki dipaksa terus menhitung langkah dan langkah demi sebuah sinar

aku jumpa....jumpa apa yang ku cari
alangkah indah hidup ini, hanya Tuhan sahaja yang mengerti
Dia mencapai tangan ku dan membawa aku untuk bangun semula
wujud syukur disitu kerna masih wujud sinar yang kucari

aku mula mengenal erti sebuah kehidupan
tanpa pernah ku sedar, aku mula mencintai hidupku
setiap tawa dan sedih, marah dan gembira, sihat dan sakit
aku merasai semuanya kerna ini adalah MELODI HIDUP....



melody hidup.....
setiap hari kita menghitung langkah demi sebuah perjuangan yang kita perjuangkan
mecari sebuah cita yang kita impikan 
dan mencari sebuah kebahagiaan untuk bekalan di kemudian hari
kita tidak pernah jemu untuk melangkah kerna kita percaya akan takdir hidup yang telah diatur Tuhan...

inilah Melody Hidup...
sebagai bergelar seorang mahasiswa, aku telah menempuh semua ini
demi mengemgam segulung ijazah segala harus ditempuhi
dengan semangat dan harapan semua pasti mampu dimiliki
membawa nama dan harapan keluarga itu tanggungjawab aku bergelar anak

Hidup ini ibarat sebuah roda, adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita berada di bawah..
namun tidak bermakna apabila kita jatuh, kita harus terus jatuh. tapi sebaliknya kita harus bangun semula bagi menggapai impian di kemudian hari
demi sebuah kerjayaan dan kemenangan yang kita harapkan...






Life is like a music,
some high note,
some low notes.
but always Beautiful Song...
~melody of life~














Wednesday, 16 April 2014

Fate


fate....
I believe in my fate...


Pada tanggal 8 Julai 1994, aku dilahirkan ke dunia oleh seorang insan bergelar ibu..
Saat itu, aku mula mengenal dunia. Mengenal erti hidup walaupun aku tidak tahu menahu apa tujuan aku dilahirkan ke dunia ini..
Namun ada satu yang aku mengerti, aku bersyukur kerana dilahirkan ke dunia ini.
Aku mula merasa nikmat hidup di dunia ini sebagai insan bergelar manusia.. merasa pahit dan manis kehidupan ini..
Semua aku tempuh tanpa pernah berasa putus asa walaupun aku tahu esok mungkin tidak seindah hari ini..
Kerna aku percaya kepada Takdir Tuhan.. dan aku yakin padaNya..
maka aku akan terus melangkah dan terus melangkah...
dan aku percaya disetiap langkah ku, Dia pasti ada disisiku tanpa mengira apa keadaan sekalipun yang aku tempuhi..

Namun, semakin aku mengenal dunia. semakin aku sedar yang aku kekurangan sesuatu...
Sesuatu yang sangat penting dalam hidupku...sesuatu yang menjadi jalan dan petunjuk hidup ku...
namun ianya bukan lah kebahagian di dunia yang mampu aku lihat..tapi aku mencari sesuatu yang mampu aku berpaut dan mampu aku pegang walaupun mungkin aku sudah tidak punya apa-apa di dunia ini..
Sesuatu mampu memberi aku ketenangan disaat aku gembira, sedih, marah dan setiap keadaan yang aku hadapi di sepanjang hidup ini.

Namun aku sedar sesuatu, aku kekurangan itu...

Aku dilahirkan ke dunia sebagai insan yang tidak mempunyai sebarang pegangan yang satu..tanpa beragama seperti insan lain yang aku kenal di sekelilingku..
kadang kala kau bertanya kepada diriku...kenapa?
kenapa aku dilahirkan sebagai seorang yang tidak mempunyai pegangan yang satu...
kenapa?
namun..di setiap kali soalan ini muncul...
aku gagal mendapat jawapannya...aku buntu..aku hilang puncanya...
mengapa ianya begini..
aku sendiri tidak mampu menjawab nya...

cuma satu yang aku pasti....

AKU MUNGKIN TIDAK BERAGAMA...BUT I'M NOT ATHEIST...
because even i doesn't have a religion, i still believe in GOD...
and i'm sure one day i will find its...
cuma yang membezakannya sama ada cepat atau lambat sahaja...
kadang kala aku takut..takut aku tidak sempat untuk menemui sinar ini...

Dan aku mula sedar sesuatu...mungkin TUHAN memberi aku peluang untuk memilih apa yang terbaik dan apa yang sentiasa bermain di hati dan fikiran ku selama ini..


Because i'm believe in GOD..i will never lose HOPE...because this is my FATE...
so why not i'm being strong to face everything as a reason to find what i'm watching for...
i believe in my FATE... GOD fate.... 









I BELIEVE IN YOU...I WILL NEVER LOSE HOPE



Wednesday, 2 April 2014

Jatuh

JATUH...maafkan jika aku tidak mampu untuk bangun semula...


hidup ibarat sebuah roda yang sentiasa berputar dia atas paksinya..
adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita berada di bawah..
itulah rumlah kehidupan dan setiap makhluk bergelar manusia di muka bumi ini pasti akan merasa perit getir kejatuhan dan kebangkitan hidup dalam mencari erti sebuah kehidupan...

bagi ku kajatuhan merupakan batu lonjatan kepada kita untuk menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan..
namun...tidak semua perkara itu mampu membuatkan kita bangkit semula untuk melangkah kehadapan..
adakalanya kita juga penat dan lelah untuk bangun semula apabila kita jatuh berulang kalinya..
hinggalah kita mengambil keputusan untuk mengangkat kaki dan melangkah pergi bagi mencari sesuatu yang lebih baik..

aku juga sebagai insan biasa di muka bumi ini juga pernah mengalami kejatuhan yang membuat ku terpaksa mengninggalkan segala yang aku impikan selama ini.
sebagai seorang insan yang bergelar atlet olahraga, aku beruasaha melakukan yang terbaik bagi memperoleh apa yang aku impikan..
namun hidup tidak sentiasa indah dan langit tidak sentiasa cerah..aku gagal sebagai seorang atlet. aku gagal memperoleh apa yang aku impikan dan lebih menyakitkan lagi aku dibuang seperti sampah oleh seorang insan bergelar jurulatih hanya kerana aku gagal memberi apa yang di harapkan..

aku tidak mengharapkan dia untuk menghargai ku dengan sepenuh jiwanya tapi hargai lah aku sebagai seorang manusia yang juga pernah melakukan kesilapan..kerna aku juga manusia biasa yang adakalanya gagal di dalam perjalanan hidup..

hati ku sakit, jiwa ku kosong dan aku kecewa dengan insan yang selama ini aku agung agungkan..kononnya dia hebat, sangat hebat..
tapi aku sedar satu perkara yang dia tidak boleh menerima kekalahan..
namun walaupun sekuat mana kekalahan itu kepada dia, aku lagi sakit kerna aku bukan sahaja gagal pada diriku sendiri bahkan aku gagal, gagal sebagai seorang anak murid kepada jurulatihnya..
aku sangat mengharapkan dia faham dan berusaha untuk memimpin ku untuk bangun semula..
namun, dia meninggalkan ku sendiri mencari dahan untuk berpaut..untuk aku bangun semula..

kerna sejarah itu, aku nekad untuk tidak meneruskan bidang ku dalam sukan olahraga lagi...
kerna aku tidak sanggup menerima tamparan sehebat itu lagi, kerna aku takut akan kekalahan..

kejatuhan itu memberi aku satu impak yang sangat besar dan aku memutuskan untuk tidak bangun lagi..
biarlah peristiwa itu menjadi sejarah pahit dalam hidup dalam hidup ku..aku tidak sanggup lagi untuk membuka lembaran buku itu semula kerna aku takut ianya terus membanyangi hidupku...




"kejatuhan yang mengajar aku bahwa hidup tidak selalunya indah..seperti ditaburi kelopak debunga yang terbang indah di bawa angin petang..."
andai itu takdirnya











Tuesday, 1 April 2014

Rapuh

RAPUH....aku harap kau ada, SAHABAT...


sekuat mana kita berusaha untuk mencapai sesuatu jika hati kita tidak ikhlas dan tidak percaya ke atas sesuatu perkara itu, kita pasti akan rapuh juga akhirnya.
mungkin tidak semua menghadapi situasi ini tapi pasti ada segelintir diantara kita yang rapuh di saat mereka cuba untuk bangun semula dan berusaha untuk berdiri tegak semula.namun ia tak semudah apa yang kita ungkapkan.lebih rumit dari apa yang kita fikirkan dan lagi sukar untuk kita laksanakan.

aku juga pernah menghadapi keadaan ini..di saat aku harus berdiri sendiri..di saat aku harus berjalan sendiri
dan disaat aku hilang tempat aku meluahkan isi hati ini..aku hanya harap kau ada untuk menjadi pendengar ku sahabat.namun kau tiada..tiada disaat aku memerlukan kau..
aku rapuh untuk meneruskan hidup...
aku lalai dengan keindahan hidup yang sementara, aku lalai dengan kemewahan yang diberikan oleh Tuhan hingga aku lupa tanggungjawab aku, lupa akan tujuan hidup dan lupa akan prinsip hidup ku yang aku pegang selama ini..
namun disaat ini aku harap dia ada untuk mendengar apa yang aku rasa..namun di lupa..lupa akan janji dia untuk terus setiasa ada sebagai seorang sahabat yang berjanji untuk tetap setia walaupun kita terpisah ruang dan waktu...
di saat ini aku mula sedar yang aku harus menjadi seorang yang Independent not Dependent...
aku berusaha sekuat yang mampu..tapi aku tak mampu untuk menipu diri aku sendiri yang sebenarnya aku tidak cukup kuat untuk menghadapi ini sendiri...aku jatuh kembali...
ketika ini pengangan aku mula goyang, aku mula terfikirkan jika aku mampu untuk terus hidup dalam keadaan sebegini untuk waktu yang lama..
tika ini aku mula melangkah ke belangkang kerna aku takut..takut untuk menghadapi kenyataan yang aku gagal untuk menghadapi cabaran dan dugaan ini..
aku sangat berharap dia ada ketika ini..namun dia terlalu bahagia dengan hidup dia sehingga dia lupa akan sahabatnya yang ada sentiasa ada disaat jatuh dan bangun hidupnya.

karna aku terlalu mengharap pada dia..aku hilang kepercayaan..kepercayaan kepada semua orang di sekeliling ku.
kecewa dengan hanya seorang insan bergelar Sahabat, hanya kerana janji yang ditabur oleh seorang insan yang bergelar Sahabat...
hanya kerana itu, aku hampir hilang tujuan hidup ku, aku hilang teman2 ku yang selama ini ada hanya kerana perasan benci dan marah yang wujud daripada ketidaktelusan yang dia lakukan kepada aku...
tika ini, aku hanya ada DIA sahaja yang mendengar setiap rintihan dan tangisan ku..
disaat ini aku seolah merangkak di dalam kegelapan mencari secubit sinar andai masih ada sinar ini untuk aku berpaut untuk bangun semula..
namun aku gagal..gagal menemui sinar itu..
aku rapuh untuk berdiri sendiri..
aku rapuh untuk berjalan sendiri..
dan aku rapuh untuk terus melagkah ke depan untuk menghadapi segala dugaan ini..
hanya tangisan mengiringi lagkah ku pergi...



aku harap kau ada, sahabat...