Friday, 14 March 2014

Kehilangan

Kehilangan...aku harap kau aman di sana...

"Kehilangan" satu perkataan yang membawa sejuta makna dan mempunyai maksud tersirat yang sangat mendalam..
Setiap insan di cakrawala ini pasti pernah merasai dan menghadapi kehilangan di dalam hidup mereka tak kira lah sebesar mana erti kehilangan itu memberi kesan kepada diri insan tersebut..ia pasti tetap memberi kesan keatas diri insan tersebut dalam menghadapi hari-hari yang mendatang...


4 OGOS 2013

Aku telah kehilangan haiwan peliharaan ku yang juga merupakan sahabat di saat aku kesunyian dan di saat aku sedih...
Rimking merupakan seekor kucing yang sangat comel dan juga handal dalam aktiviti memburunya...
Perjalanan hidup kucing comel ini adalah dari saat di mana dia dikutip oleh abangku di tepi jalan ketika abangku dalam perjalanan pulang ke rumah pada suatu malam..
Aku cukup kenal akan sifat abangku yang amat membenci haiwan..tapi tanpa diduga kecomelan kucing ini telah mampu membuka hati abangku untuk memungutnya dan membawanya pulang ke rumah.
Maka bermulalah perjalanan hidup baru Rimking bersama aku dan keluarga ku...Pada mulanya kucing ini tinggal bersama abangku di rumahnya..Dengan sikap abangku yang agak garang dan kurang menyayanyi haiwan..Rimking telah dibela tanpa perhatian sepenuhnya..abangku terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga kekadang dia lupa untuk memberi Rimking makan..Dalam keadaan begini, Rimking telah mengambil keputusan untuk mencari makan sendiri iaitu dengan memburu...Pada usia begini, Rimiking telah handal berburu..
Melihat keadaan Rimking yang begini, adik ku telah mengambil keputusan untuk membela kucing tersebut..Adik ku yang sangat sukakan haiwan ini telah berusaha memujuk abangku supaya memberi kucing tersebut kepada mereka..pada mulanya abangku enggan menyerahkan Rimking namun setelah dipujuk oleh adikku..Akhirnya dia menyerah Rimking...
Maka.. hari-hari seterusnya hidup Rimking adalah bersama aku dan keluarga..Adik-adikku,Kakak,Abang Long,Ayah serta ibu ku amat menyayangi Rimking dan mereka menggangap kehadiran Rimking sebagai tuah kepada keluarga ku...
Bulu Rimking yang gebu dan berwarna kuning bercampur oren keemasan telah menyebabkan kucing ini mendapat nama baru iaitu "The Golden Cat"...hahahaha...
I think it really funny..
Namun Rimking tidak terlalu manja dengan kami sekeluarga mungkin kerana kisah hidup ketika kecilnya yang agak menyedihkan...
Pada suatu malam..seekor ular kecil telah cuba menyelinap masuk ke dalam rumah ku..tapi mujurlah pada ketika itu Rimking ada disitu...Rimking telah berlawan dengan ular tersebut..dengan ketangkasan dan kehandalan kucing comel ini..ular tersebut berjaya ditumpaskan sebelum ular tersebut berjaya menjejak kan kaki ke dalam rumah..
Kami berasa sangat bangga dengan Rimking kerna dia telah menyelamatkan nyawa kami sekeluarga..
Hari-hari seterusnya ditempuhi seperti biasa...
Namun pada 4 Ogos 2013..perkara yang tak diingin berlaku..Rimking tidak pulang ke rumah dan kami mula risau..tapi ibuku cuba menenangkan kami dengan berkata yang mungkin pergi mencari makanan sendiri..
Kami cuba berfikiran positif dengan berfikiran sama seperti ibuku..
Pada keesokan harinya, Rimking tetap tidak pulang ke rumah..maka kami mengambil keputusan untuk mencari Rimking..namun takdir tidak menemukan kami dengan Rimking...kami mula berasa tidak sedap hati jika sesuatu terjadi kepada Rimking..
Pada malam itu, aku dan kakak ku meneruskan pencarian dan kami amat terkejut apabila melihat sekujur tubuh kucing terbaring di atas tanah..Kami berlari ke arah itu dan amat mengecewakan yang haiwan itu adalah Rimking..air mata ku tanpa sedar menitis sendiri apabila melihat kucing yang selama ini bermain dan sentiasa menemani ku kini sudah tidak bernyawa..
Kami membawa pulang kucing ini ke rumah..dan seluruh rumah suram menerima berita ini..abangku cuba melihat tubuh Rimking dan dia berpendapat yang Rimking telah mati kerana dilanggar..
Pada malam itu, kami pergi menanam Rimking di belakang rumah ku..Adik ku berasa sangat marah kerana masih ada manusia yang sekejam itu sanggup melanggar haiwan yang tidak berdosa itu..
Namun apa yang mampu kami lakukan Tuhan lebih menyayangi Rimking...
Aku berdoa agar Rimking tenang di alam sana...Aku sayang Rimking..hanya itu aku mampu katakan..
Rimking merupakan kucing perliharaan pertama keluarga ku..namun kini kucing ini pergi tinggal kan kami..


Keakraban adik ku dengan Rimking


THE GOLDEN CAT....
kerja di masa lapang...Zzzzzzzz



MOGA RIMKING TENANG DI ALAM SANA....


No comments:

Post a Comment