Thursday, 10 July 2014

EPILOG

3 september 2013, perjalanan hidup di alam universiti bermula. Dimana, saya telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di UKM selepas tamat pengajian di Matrikulasi Pahang. Pada hari pendaftaran ayah bersama aunty dan uncle datang menghantar saya ke UKM. selama seminggu saya menjalani sesi orientasi. pada ketika itu, saya hanya rapat dengan seorang rakan sahaja itu, roommate saya iaitu, Maroline yang berasal dari Sabah. Pada asal nya saya berasa agak kekok kerana Maro menggunakan bahasa inggeris dalam berkomunikasi. namun, saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. selain itu saya juga kenal dengan beberapa rakan lagi antaranya adalah Fahdil, Aine Mazurie, Nana dan banyak lagi.
Pada hari pertama sesi pembelajaran, secara tak sengaja saya telah berkenalan dengan Zud Ain, di mana kami harus membentuk kumpulan pembentangan untuk subjek Penghantar Pengurusan. Dalam kumpulan itu, kami terdiri daripada 5 orang ahli iaitu saya sendiri, Fahdil, Zud Ain, Ika dan seorang rakan sekolah rendah saya yg telah lama tidak bertemu iaitu Ain Nahuzeera.
Semestar 1 berjalan dengan pantas, saya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran di Universiti. Kehidupan di universiti juga telah mengajar saya untuk hidup berdikari. selain itu, kehidupan di universiti juga agak mencabar pada mulanya dengan pelbagai sistem yang agak janggal dengan diri saya pada mulanya.
Namun, hidup di UKM juga telah membentuk satu keluarga baru dalam hidup saya, dimana, saya yang merupakan salah seorang pelajar Orang Asli dan beberapa rakan lain iaitu Farah, Ain, dan Zuraini telah berusaha mencari beberapa orang lagi yg juga merupakan pelajar orang asli. hingga akhirnya, kami dapat menggumpul beberapa orang lagi pelajar OA di UKM. antaranya adalah Zul, Kak Linda dan Abang Rozie.
Secara tak langsung, perkenalan dengan mereka merupakan kekuatan bagi saya. it's because you only can be yourself when you are befriend with someone who really know yourself truely. Sejujurnya, mereka adalah kekuatan buat saya. kami selalu bertemu dan berbual. saat paling manis bersama mereka adalah ketika kami semua mengikuti program mahasiswa/i OA di Hotel Angkasa anjuran PSOA.
Namun, Zud juga merupakan kekuatan bagi saya, dia sentiasa ada ketika saya sedih, gembira dan semua lah..hihi.. saya gembira dan bersyukur dapat mengenali dia kerana dia adalah teman saya yang sangat setia. dia banyak mengajar saya menggunakan komputer kerana saya sememangnya tidak berapa cekap menggunakan komputer.
Semester Satu melabuhkan tirai dan saya memperoleh keputusan yg agak baik dan impian saya untuk semestar ini tercapai iaitu untuk mendapat Anugerah Dekan. itu merupakan hadiah yang tak terhingga buat diri saya sendiri dan juga keluarga saya serta Aunty saya yang telah bersusah payah menghantar dan membantu sehingga saya berjaya melanjutkan pelajaran ke UKM.

Semester Dua bermula, seperti biasa sesi pembelajaran berjalan seperti sediakala. KECUALI ketika saya masuk ke kelas Aplikasi Komputer, pada ketika itu, serius saya memang takut. takut sebab Sir Azzwan macam pelik sikit berbanding lecturer yang lain. Pada mula saya berfikir untuk menukar set krusus kerana takut akan Sir Azzwan. tapi saya dan Zud Ain menggeraskan hati untuk tetap di dalam set 3 Aplikasi Komputer. masa berlalu, saya mula mengenali pelajar2 set 3 dan saya mula bersyukur tidak menukarkan set krusus aplikasi. hahaha.. btw sir memang baik dan prihatin terhadap kami semua walaupun pada mulanya sir agak menakutkan. and Thanks Sir Azzwan for remembering my name. maybe u are my first lecturer in UKM that know and remember my name.. TERHARU rasanya..huhuhu
setelah berpenat lelah dalam semestar Dua, final exam pun muncul walau tidak diundang. Dan Final Exam ini benar mengajar saya erti hidup, di mana semasa minggu study week saya harus pulang ke rumah kerana keadaan yang mendesak, saya hanya dapat pulang ke UKM pada dua hari sebelum final exam bermula. ketika di rumah agak sukar untuk menggulangkaji pelajaran. namun saya ingat pesan teman sepejuangan saya, " ingat ko balik ke rumah sebagai tanggungjawab seorang anak, jangan menyesal nanti, balik lah tengok ayah ko, ko boleh nya study kat rumah, jangan risau". inilah yang saya pegang selama berada di rumah, walaupun susah nak study. but i try my best and thanks zud for supporting me when i doesn't know what i need to do with this situation. ketika menghadapi final exam, cabaran dan dugaan muncul lagi. dugaan ini membuatkan saya yg tak pernah pergi PK, boleh pergi PK. tak sia2 bayar yuran PK untuk sem ni..hahaha
masih ingat lagi waktu hari first exam paper math n aplikasi, sakit yang datang memang agak menyukarkan untuk menjawab exam dengan tenang. tapi masa tu, Tuhan memberi kekuatan, walau dalam keadaan begitu, i still can answer my exam. THANKS GOD..
final exam pun habis pada 19 june, dan rasa heavan sangat2. setelah hampir bertungkus lumus menyelamatkan gred supaya tak jatuh. akhirnya tamat juga perjuangan di bumi UKM untuk SEMESTER DUA, tahun 1. tapi, i really hope my grade will not drop..huahuahua..
and that all my story for 2 semester at UKM...
HONESTLY... I STARTED LOVE UKM..even UKM is not my first choose.hahaha










1 comment: